Assalamualaikum My Bloggie-II, haha. Bila perut sudah kenyang, hati pun senang. Alhamdulillah, rezeki dari Allah. Em, baik betul abang aku sampai belanja aku makan dalam masa dua hari ini. Ada apa-apa ke Mr.I ? Huhu. Oke laa, anyway thanks sebab belanja eyh.
Hm, setiap kali aku leka dengan tanggungjawab aku. Tiba-tiba kata-kata Mak Kamil muncul dalam minda aku. Dia pernah berkata pada aku kalau "buat lah sesuatu perkara berniat kerana Allah S.W.T, nak" Selain itu, "belajar rajin-rajin nak (sambil pegang tangan aku) jangan pernah hampakan apa yang mereka mahukan". That's mean my parents lah. Actually, setiap perkataan yang makcik keluarkan begitu bermakna sehingga berjaya menyentuh perasaan aku sendiri. Bila aku pandang muka makcik tue, ada sebuah ketenangan disebalik wajahnya. Seorang ibukan, macam tue juga aku pandang mak aku. Memang nampak tenang, tapi boleh buat aku huru-hara kalau dah naik menyinga :P Okeoke. Makcik tue juga pernah berpesan pada aku "Jadilah anak yang solehah, jangan lupa janji dan tanggungjawab kita pada Allah. Makcik nak berpesan kepada anak, janganlah sesekali tinggalkan solat..." Hm, tue jea yg aku ingad. Dia memang seorang ibu yang baik. Doa makcik untuk berikan pelajaran atau sekolah yang terbaik kepada anak-anak makcik Allah selalu makbulkan, doa seorang ibu memang selalu dimakbulkan. Setiap kata-kata makcik tue telah bagi aku kesedaran. Mungkin mak kamil adalah petunjuk dari Allah untuk diri aku. Alhamdulillah, sekarang aku dah sedar sikit demi sikit.